Fungsi Colostrum Booster

Kolostrum merupakan rembesan susu awal yang dihasilkan oleh manusia dan lain-lain mamalia sejenak selepas bayi dilahirkan dan digunakan untuk menyusu si bayi itu. Manusia menghasilkan kolostrum dalam tempoh 24 jam pertama selepas bayi dilahirkan tapi kolostrum dari lembu dihasilkan dalam tempoh 48 jam selepas anak lembu dilahirkan. Selepas bendalir pra-susu atau kolostrum kelenjar mamalia dikosongkan, susu buah dada pun terbentuk. Kajian saintifik menunjukkan kolostrum serta susu buah dada mengandungi bahan yang unik digelar Imunoglubin (IGS) yang memainkan peranan penting dalam pembentukan mekanisme pertahanan semulajadi iaitu sistem imunoglubin.

DOKTOR DALAM BADAN
Keimunan adalah siri antibodi yang mempunyai ciri-ciri anti-infeksi seperti menangkap, memerangkap dan meneutralkan virus, bakteria, yis dan parasit. Antibodi ini dihasilkan bila badan manusia terdedah kepada antigen (misalnya bakteria). Ia digelar sebagai “ Doktor Di Dalam Badan” dan bertindak sebagai barisan pertahanan terdepan serangan virus. Kekurangan (IGS) akan melemahkan sistem keimunan dan menjadikan badan kita lebih mudah mengidap penyakit.

KANAK-KANAK
Sebelum perbalighan (cukup umur), sistem keimunan kanak-kanak tergolong dalam perkembangan masa yang dipanggil "pramatang". Membina satu asas kukuh untuk sistem keimunan dalam jangkamasa adalah mustahak kerana sistem keimunan yang sihat bermula pada waktu muda. Kolostrum dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan sistem keimunan yang sihat untuk kanak-kanak. Beberapa kajian yangdijalankan menunjukkan kanak-kanak yang diberi kolostrum akan mempunyai jasat yang lebih sihat dan kuat bukan saja pada masa kecil tetapi juga dewasa. Tambahannya, ia juga dapat mengurangkan peluang berlakunya pengecutan perut, usus-usus dan masalah pernafasan seperti asthma.

DEWASA DAN ORANG TUA
Selain dari mempertahankan badan dari berbagai virus, sistem keimunan kita juga mengawali keadaan sel, tisu dan organ. Dalam putaran semulajadi badan, sel-sel akan menua dan akhirnya mati. Sistem akan memperbaiki dan menyelenggara sel-sel setiap saat sepanjang hari. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bila kita merentasi era perbalighan (cukup umur), daya keimunan dan faktor tumbesaran kita pun menjadi lemah. Oleh yang demikian,kita pun menjadi lebih mudah mengidap penyakit dan memerlukan masa yang lebih lama untuk memulih. Pengambilan kolostrum yang kerap boleh membantu kita mengembalikan dan memaksimumkan sistem imum. Kolostrum juga dapat memantap kadar metabolisme apabila diambil pada masa di mana kita memerlukan daya jasad yang lebih dan menghadapi tekanan jiwa.

MELAWAN INFEKSI BERULANGAN, DEMAM SELESMA, FLU DAN INFEKSI TEKAK 
Kolostrum mengandungi bahan unik yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan bahan buangan bakteria dan virus bertoksik. Dengan itu, ia pun dapat mengurangkan infeksi. Kolostrum juga dapat memberangsangkan nodus limfa di sepanjang saluran nasal (hidung) dan pernafasan. Andai kata ia akan menggiatkan nodus limfa untuk menghasilkan Sel-B dan Sel-T.Maka ia pun dapatlah membantu badan kita untuk melawan virus. Oleh yang demikian, pengambilan yang kerap kolostrum itu dapat menguatkan antibodi dan megurangkan risiko badan kita terhadap penyakit-penyakit biasa seperti demam selsema, flu, alergi hidung, sinusitis dan tonsillitis.

MENINGKATKAN DAYA PEMULIHAN PESAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN
Semasa mengalami penyakit tenat, perubatan terapi atau pembedahan perlu dijalani, sistem keimunan dan sel-sel badan kita akan mengalami kerosakan yang agak kentara. Kewujudan faktor partumbuhan 1 dan 2 seperti insulin (IGF-1 dan IGF-2) yang terdapat di dalam kolostrum akan mempercepatkan sintesis protein. Oleh itu ia dapat memberangsangkan pertumbuhan sel-sel, memperbaiki dan membina semula sel-sel. Proses ini akan membantu kita pulih dari penyakit selepas pembedahan.

MENGLAMBATKAN OSTEOPOROSIS
Osteoporosis berlaku apabila tulang merosot lebih cepat dari keupayaan badan menggantikannya. Tulang boleh kehilangan kalsium dan menjadi rapu, mudah retak apabila terdedah kepada  tekanan dan hentaman. Kolostrum mengandungi kalsium yang boleh menguatkan tulang. Yang terpenting ia mempunyai banyak Transforming Growth Factor (TGFS), iaitu sejenis faktor pembina tulang yang hanya terdapat pada kolostrum yang boleh meminimumkan kehilangan tulang. Andaikata ia dapat melambatkan proses osteoporosis.

MENYELIAKAWAL GULA DARAH DAN KOMPOSISI LEMAK
Faktor pertumbuhan 1 dan 2 semacam insulin (IGF-1 dan IGF-2) di dalam kolostrum dapat membantu kita untuk memberangsang pengangkutan glukosa ke dalam otot-otot dan merendahkan paras gula darah di dalam badan secara semulajadi dan selamat. Tambahannya, paras nitrogen juga boleh diseimbangkan untuk mengurangkan lemak badan dan menggiatkan otot kurus yang merupakan situasi yang lebih ideal untuk mereka yang berprihatin terhadap berat badannya seperti mereka yang mengalami kencing manis, terlalu berat dan para atlit.

MENGIMBANGKAN SISTEM IMUN
Seperti yang ditunjukkan di sebelah, sistem keimunan yang tidak  seimbang boleh membawakan akibat  yang  buruk terhadap kesihatan anda. Misalnya reaksi lampau sistem keimunan dapat menyerang sistem dalaman badan. Oleh yang demikian ia akan menyebabkan penyakit auto keimunan seperti kencing manis. Sel keimunan yang aktif lampau mungkin juga akan bertindakbalas terhadap makanan seperti makanan laut. Dengan itu menyebabkan reaksi alergi atau ruam di luar badan. Kolostrum mengandungi protein unik, iaitu PolyProline-Rich (PRP) yang dapat mententeramkan sistem keimunan bereaksi lampau dan memberangsangnya bila berada di bawah keaktifan. Ini mempunyai kesan pengimbangan sistem keimunan danmembantu kita untuk mengatasi kedua-dua ancaman luar dan dalam badan seperti yang disenaraikan.

PENYEDIAAN
Tambah kuantiti yang disyorkan itu ke dalam air suam (40ÂșC) atau air yang pramasak (225ml) pada suhu bilik dan dikacau betul-betul. (Nota: Elak menggunakan air panas kerana ia akan merosakkan bioaktiviti produk Newco 9 dan mengurangkan kesan yang dikehendaki.) Untuk rasa yang lebih sedap, tambah sama ada air sejuk atau kurang sedikit air yang digunakan.
Newco.9 juga boleh dicampur dengan bijirin, serbuk koko ataulain-lain bahan makanan pepejal. Untuk pengambilan khas, silarujuk pada cadangan penggunaan yang disyorkan di bawah ini:
Colostrum Powder
Kanak-kanak    : 1 uncang sehari
Dewasa            : 1-2 uncang sehari
Bagi keimunan : 3-6 uncang sehari yang rendah

Colostrum Booster
Kanak-kanak    : 1-2 kapsul sehari
Dewasa            : 2-3 kapsul sehari
Bagi keimunan : 6-9 kapsul sehari yang rendah